Monday, June 9, 2008

Satu Analisis Hujah - Rapid KL

TWP
Informasi
Analisis
Pendapat
Bukti
Kesimpulan Kecil
Kesimpulan besar

Yang Berhormat Dato' Bung Mokhtar Radin (Ahli Parlimen Kinabatangan) telah bertanya dalam Dewan Rakyat berkenaan 1000 lebih bas milik Rapid KL yang tersadai dan tidak diguna.

Bas-bas ini dikatakan asalnya milik Intrakota dan City Liner yang telah diambilalih oleh Rapid KL yang dipercayai adalah milik Khazanah. Bas-bas ini masih boleh diguna atau boleh diperbaiki dan dijual oleh Rapid KL.

Tetapi Rapid KL tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat balik sedikit pun daripada kos pembelian syarikat-syarikat ini.


Kenapa?

Apakah Rapid KL begitu untung dan boleh tanggung rugi yang tidak kecil daripada menjadikan bas-bas yang dibeli olehnya sebagai besi buruk?


Rapid KL terkenal dengan jumlah besar bas baru yang dimilikinya. Umum tahu yang bas-bas ini kerap kosong. Oleh kerana ia adalah GLC dan melibatkan wang rakyat sepatutnya untung-ruginya diumumkan kepada orang ramai. Tetapi kita tidak pernah melihat kira-kira untung ruginya. Untung besarkah RapidKL dan Khazanah?

Kita bangga dengan design bas-bas yang dimiliki oleh Rapid KL. Ia amat moden. Saya ingin tahu siapakah yang membekal bas-bas ini. Saya percaya pembekal bas-bas ini meraih keuntungan yang besar kerana begitu banyak bas yang jelas dibeli oleh Rapid KL. Mungkinkah pelupusan dan write-off begitu banyak bas-bas lama adalah supaya bas baru dapat dibeli daripada pembekal tertentu? Jika ya, nampaknya Rapid KL diadakan untuk menguntungkan pembekal. Apakah adanya Rapid-Penang juga tidak mempunyai tujuan yang sama?

Apakah benar pembekal bas Rapid KL dan Rapid Penang ialah M-Trans yang dimiliki 100% oleh Scomi yang dimiliki oleh sipolan-sipolan yang mempunyai talian kekeluargaan dengan pemimpin besar negara?


Katanya pesanan untuk bas baru oleh Rapid KL adalah begitu banyak sehingga Scomi tidak dapat membinanya. Oleh itu Scomi dibenar import bas dari China. Apakah harga import dan harga jualan kepada Rapid KL? Apakah syarikat lain dibenar import bas baru dari luar negeri? Apakah duti import yang dibayar?

Disiarkan gambar-gambar Scomi Coach Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai M-Trans Sdn Bhd) yang berada di tempat yang sama dengan Scomi Rail Bhd (dahulu dikenali sebagai M-Trans Technology Sdn Bhd)


Satu Analisis Hujah - Pembatalan Jambatan Bengkok

Pemberitahuan:

Saya akan menggunakan teknik penganalisisan TWP - Teknik Warna Pintar. Dalam sistem penulisan jenis ekspositori ini, ciri-ciri yang akan dianalisis begini:

Pembukaan:
Definisi, Informasi dan Analisis

Perenggan selanjutnya: Pendapat, Bukti dan Kesimpulan kecil (tidak semestinya tersusun sebegini)

Penutup:
Kesimpulan besar.

*************************

Pembatalan Jembatan ke Singapura

Saya diminta membongkar apa yang saya tahu berkenaan salah guna wang rakyat. Untuk permulaan saya senaraikan empat tindakan dimana Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah salahgunakan wang rakyat. Apa yang saya tulis di sini tidak berasas kepada spekulasi, kemungkinan atau kebarangkalian. Perkara ini diketahui umum dan boleh disahkan . Saya perlu beri penjelasan terperinci. Jadi saya akan bincangkan satu persatu. Bagaimanapun saya senaraikan empat perkara spesifik; 1. Pembatalan pembinaan jambatan menggantikan tambak Johor di sebelah Malaysia 2. Penangguhan landasan berkembar dan rel elektrik daripada Johor Baru ke Padang Besar 3. Penjualan M.V. Agusta untuk satu Euro 4. Wang Ehsan yang dibelanjakan untuk Terengganu yang mana Menteri Besar yang baru mendakwa adalah bukan Wang Ehsan tetapi daripada dana Kerajaan Persekutuan.

Pembatalan pembinaan jambatan ke Singapura Kerajaan Singapura tidak membantah pembinaan jambatan untuk menggantikan tambak di sebelah Malaysia. Jambatan ini akan dibina 25 meter daripada paras permukaan air untuk benar kapal-kapal kecil lalu setelah separuh tambak di sebelah Malaysia di pecah. Link Kedua juga berada di paras 25 meters daripada paras permukaan air.
Jadi kapal-kapal boleh melalui Selat Tebrau tanpa terhalang oleh tambak. Jambatan ini penting kerana jumlah trafik di Johor Baru telah meningkat dan kesesakan lalulintas merupakan perkara harian disebabkan laluan Utara-Selatan yang datang dan pergi melalui tambak dan trafik Timur-Barat di antara bahagian-bahagian Timur dan Barat Johor Baru.

Jalan bertingkat perlu dibina menyeberangi trafik Timur-Barat untuk laluan dari dan ke tambak. Jalan ini akan menyebabkan penghujung tambak di sebelah Johor tidak boleh digunakan kerana jalan bertingkat hanya boleh mendarat pada satu jarak tertentu jauh daripada tempat tambak bertemu dengan tanah besar. Jika jambatan penuh ke Singapura dibangunkan cerun boleh dilandaikan untuk memudahkan lori mendaki dan bot-bot kecil melalui di bawahnya setelah tambak dipecahkan. Kerana Singapura tidak mahu sama-sama membina jambatan penuh untuk gantikan tambak, jambatan setinggi 25 meter untuk benarkan bot-bot lalu dibawahnya mesti mempunyai kepanjangan yang mencukupi untuk benarkan lori mendaki secara beransur. Penyelesaiannya ialah untuk memanjangkan jambatan dengan rekabentuk melengkung (kemudiannya dipanggil jambatan bengkok). Bagi landasan keretapi pula, jambatan ayun yang boleh dibuka dan tutup untuk benarkan kapal atau keretapi lalu.

Untuk memendekkan cerita, kerja pembinaan jambatan bengkok dihentikan untuk membolehkan Kerajaan Dato Seri Abdullah menjual 1 billion meter padu pasir dan hak laluan terbang pesawat tentera Singapura melintasi Johor Baru jika Singaura bersetuju membina jambatan lurus.
Ada orang yang akan mengaut untung banyak menjual 50 juta meter padu pasir setahun selama 20 tahun untuk Singapura menambak tanah. Ini satu tawaran menarik kerana tanah yang ditambak boleh dijual antara 3,000-5,000 Dolar Singapura (kira-kira RM6,000-RM10,000) sekaki persegi. Kerajaan Singapura boleh buat banyak duit menjual tanah ini. Lalu merekapun menyetujui cadangan jambatan lurus ini. Bahawa mengorek pasir dari dasar laut boleh sebabkan hakisan pantai, kemusnahan tempat pembiakan ikan dan kehilangan mata pencarian bagi nelayan negeri Johor tidak pun diambil prihatin oleh Kerajaan Dato Seri Abdullah. Mujurlah rakyat Johor membantah penjualan pasir dan hak laluan pesawat terbang.

Abdullah yang kecewa kerana perancangannya terhalang menghukum rakyat Johor dengan membatal sama sekali projek jambatan. Tidak ada jambatan lurus mahupun bengkok. Hasilnya lebih daripada RM1 billion telah dibazirkan yang dibelanjakan untuk membina kemudahan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, kerja-kerja membina stesen keretapi baru dan kerja-kerja awal untuk bina jalan menghubung kompleks KIK dan jambatan serta bayaran pampasan kepada kontraktor disebabkan pembatalan projek-projek berkenaan. Kompleks KIK kini menjadi gajah putih, terbiar tetapi terpaksa di selenggarakan dengan memakan belanja beratus ribu Ringgit sebulan. Jelas sekali Dato Seri Abdullah telah bazirkan duit rakyat hanya kerana beliau marah dengan rakyat Johor yang halang penjualan satu bilion meter padu pasir kepada Singapura dan keuntungan yang bakal diraih oleh pihak tertentu.

Analisis TWP secara Visual:

Jelas, Tun menggunakan ciri-ciri yang telah dipaparkan di atas. Jelas dalam hujah Tun, beliau cenderung mengumpul informasi dan pendapat dalam perenggan-perenggannya. Oleh kerana ini bahagian pertama daripada entrinya, Tun belum mengutarakan kesimpulan beliau.

Ini cuma paspot.

Saya harus ada akaun di sistem blog ini untuk dapat komen di www.chedet.com . Untuk tahu lebih lanjut tentang diri saya sila ke wargajagat.multiply.com .

Tujuan blog ini cuma satu sahaja, agar saya dapat komen di chedet.com. mudah-mudahan ada komen-komen daripada saya yang disiarkan.

Dahulu ketika Dr. Mahathir berkuasa, panas darah saya membaca bahasa kasar beliau tentang isu yang bersangkutan dengan Singapura. Saya dapati, masukan beliau di blog chedet.com berlainan daripada tukilan-tukilan kata-kata beliau yang tersiar di dada akhbar.

Saya juga berminat mempelajari cara Dr. Mahathir berhujah. Beliau dapat menghuraikan isu-isu dengan teliti dan meyakinkan. Persoalan yang timbul ialah mengapa hanya satu dua frasa daripada kata-kata beliau yang tersiar? Biasanya bercorak kontroversil. Padahal menerusi blog chedet.com begitu mendalam dan luas sekali peluahan pendapat Dr. Mahathir.

www.chedet.com menumpukan pada isu-isu demi menerangkan duduk perkara yang berdasarkan bukti. Ini yang membuat saya berminat untuk terus membacanya.